Tahukah anda? 20 peratus daripada 500 ribu jutawan Amerika terlibat dalam bisnes MLM. Manakala 35 peratus jutawan di Malaysia adalah jutawan MLM. Nilai bisnes MLM melebihi 100 bilion USD dan lebih 40 juta rakyat seluruh dunia berkecimpung dalam bisnes MLM.
Lahirnya buku ini adalah satu daripada khazanah panduan MLM yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh para usahawan jualan langsung (MLM). Saya memerhatikan bahawa setiap usahawan yang gigih dan aktif, kadang-kadang tidak mengetahui tentang teknik-teknik yang berkesan dalam membina perniagaan MLM. Mereka yang sepatutnya mendapat didikan yang secukupnya daripada upline ataupun penaja dibiarkan tanpa panduan yang betul.
Tidak kurang juga ada upline yang begitu mengambil berat dan bertanggungjawab terhadap downline. Kehadiran buku ini, dapat menambahkan lagi khazanah ilmu pengetahuan mereka untuk berjaya dalam MLM. Apabila kita perhatikan dengan lebih mendalam, dapat dibuat kesimpulan iaitu potensi jualan langsung amat memberang-sangkan. Jumlah jualan industri jualan langsung sedunia kini melebihi USD80 bilion. Manakala di Malaysia pula, jumlah jualan industri jualan langsung melebihi RM4 bilion. Angka ini memberikan satu petanda yang positif bahawa sudah tiba masanya MLM (Multilevel Marketing / pemasaran pelbagai peringkat / jualan langsung) menjadi sebuah industri yang terhebat di dunia. Abad ke-21 adalah milik MLM.
Dahulunya iaitu sekitar tahun 70-an, MLM dipandang hanya sebelah mata. MLM pada waktu itu dianggap kelas bawahan dan sudah tentu pengedarnya dipandang hina. Ini terjadi kerana MLM pada waktu itu adalah konsep jualan dengan cara mengetuk pintu dari rumah ke rumah. Kini, MLM sudah berubah dengan pesatnya. Seiring dengan zaman IT dan telekomunikasi, perniagaan jualan langsung ini dapat dijalankan dengan menggunakan kemudahan IT dan telekomunikasi. Bahkan, industri ini dipandang mulia kerana melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya dan bertaraf jutawan melebihi industri lain. Saya amat berbesar hati jika anda dapat mengamalkan setiap kandungan dalam buku ini.
Buku ini dibahagikan kepada 5 bahagian:
Bahagian 1: Mengenali MLMRamai orang berminat menyertai MLM. Tetapi masih banyak yang mereka tidak tahu. Oleh itu, bahagian ini memperkenalkan MLM, panduan memilih syarikat MLM, komitmen dalam MLM dan yang paling penting, bolehkah mereka menjadi jutawan MLM.
Bahagian 2: Kelebihan MLMApabila anda menyertai MLM, sebenarnya banyak kelebihan yang anda perolehi. Bahagian ini menerangkan lebih lanjut kelebihan-kelebihan itu.
Bahagian 3: Cabaran dan PersiapanSetiap perniagaan ada cabarannya yang tersendiri. Bahagian ini memberi panduan bagaimana menghadapi cabaran dalam MLM dan persiapan yang perlu anda lakukan. Antaranya, apa yang perlu dibuat apabila pelanggan menolak dan persediaan emosi dan sikap.
Bahagian 4: Menaja dalam MLMBahagian ini menekankan teknik menaja dalam MLM. Antara topik yang menarik ialah 5 langkah penajaan yang baik, teknik menaja ala helang, teknik jualan, power closing, home party dan teknik peniruan yang kreatif.
Bahagian 5: Motivasi MLMDalam bahagian ini diberikan beberapa tip dan teknik bagi memotivasi diri mereka yang terlibat dalam MLM. Antaranya bagaimana mengatasi rasa takut, teknik kuasa minda, bagaimana memotivasi downline dan dalil-dalil mengapa anda perlu terlibat dalam MLM.
Di dalam buku ini juga ada dimasukkan panduan-panduan ringkas dan ditandakan dengan beberapa ikon tertentu.Harapan saya semoga dengan lahirnya buku ini, dapat memberikan cahaya bagi kegelapan. Biarpun suluhan cahaya itu tidak seterang mana, sekurang-kurangnya melalui cahaya yang sedia ada, dapat dijadikan penyuluh pada malam hari. Fahamilah sedalam-dalamnya. Mohd Rozani bin Pawan Chek
untuk maklumat lanjut klik disini
Many people want to increase their muscle mass and create a toned, developed body that is not only aesthetically pleasing, but strong and healthy as well.
If you would definitely be a true beginner to figuring out to gain muscular,
you will need to begin your workouts inside the gym or health and fitness center to use trainers and other staff to support and teach anyone setup your schooling routine.
No make a difference what sort of fat coaching
regimen you.
Feel free to visit my site :: Somanabolic Muscle Maximizer Review