Impian saya...


27 Feb 2010, saya sedang berborak dengan abah di beranda Hotel Sutera Harbour, Karambunai sambil menikmati pemandangan yang indah dan angin yang bertiup nyaman. Didalam bilik utama, isteri tersayang, acik bersama mak dan adik beradik perempuan yang lain sedang berborak-borak tentang tempat-tempat menarik yang baru saja kami lawati semalam dan pagi tadi. Adik-adik yang lain pula sedang asyik menonton televisyen diruang tamu. Saya membawa mereka semua kesini adalah khas untuk menyambut hari ulang tahun perkahwinan mak dan abah serta hari ulang tahun kelahiran saya yang sememangnya pada tarikh yang sama iaitu 28hb Feb. Malam ini kami akan menikmati makan malam istimewa bagi meraikan detik tersebut. Kehidupan kami sekarang jauh berubah dengan rezeki yang Allah berikan melimpah ruah selepas saya mengambil keputusan untuk mengerjakan MLM Uptrend Network. Didorong dengan minat saya didalam keusahawanan dan internet memberikan saya kelebihan dalam mempromosikan perniagaan ini. Saya sangat bersyukur kerana telah berjaya membawa rakan niaga-rakan niaga saya ke tahap yang boleh dibanggakan sehingga saya sendiri memperolehi lebih RM200,000 sebulan hanya melalui perniagaan ini. Didalam perniagaan ini saya bukan sahaja mendapat pulangan yang sangat lumayan, tetapi saya telah mempunyai jaringan persahabatan dan perniagaan diseluruh dunia. Saya yang dahulunya tidak fasih berbahasa inggeris, telah berjaya menjadikan bahasa ini bahasa kedua saya. Saya sekarang menetap di sebuah rumah teres dua tingkat di Bandar Baru Bangi yang saya beli setahun lepas dan sedang menunggu rumah banglo tiga tingkat saya yang juga di Bandar Baru Bangi siap sepenuhnya pada tahun hadapan. Setakat ini satu daripada tiga kereta idaman saya iaitu Mercedes C200 yang sporty tu sudah berjaya saya miliki, syukur kepada Allah, impian saya satu persatu dikabulkan. Selepas berpindah kerumah baru saya nanti,saya mahu tambah koleksi saya dengan SUV jenama LandRover dan MPV Toyota Estima.Saya dan kedua-dua belah keluarga sudah menjelajah hampir keseluruh bumi Malaysia dan masih menunggu panggilan dari tabung haji untuk menunaikan ibadah haji. Gembira rasa hati melihat mak abah, dan ibu mertua dapat berjalan-jalan dan beristirehat selepas bertahun-tahun berpenat lelah membesar dan mendidik kami. Adik-adik dan anak-anak saudara yang masih bersekolah riang dapat mempelajari tempat dan perkara baru. Sekarang saya sedang berjinak-jinak dengan perniagaan hartanah dan akan menjadikannya sumber pendapatan seterusnya. Hari-hari saya berdoa kepada Allah supaya sentiasa dilimpahkan rezeki dan dikekalkan diri saya dalam kejayaan. Amin...
ini adalah impian saya...anda bagaimana pula?
letakkan impian anda disini dan sama2 kita menuju kejayaan...

You can leave a response.