Semalam saya ngan partner saya acik pergi ke HQ Uptrend Network untuk mendengar dan be lajar cara-cara presentasi E.O.M. tapi bile da sampai kat sane jumpe plak kawan-kawan dari bangi yang sama-sama buat perniagaan ini dan mereka ajak untuk mendengar sesi Gold Power. Dari niat cume nak dengar E.O.M kitorang bertukar ke sesi Gold Power yang dibuat serentak di bilik sebelah. Sebelum ni saya tak pernah masuk sesi Gold power sebab tak tahu ape sebenarnye Gold Power tu. Rupa-rupanya bile dah masuk sesi ini lebih sesuai untuk kami yang masih baru memulakan perniagaan ini.
Disini kami dijelaskan tentang apa itu MLM dan jenis-jenisnya. Kami juga diterangkan dengan terperinci tentang plan-plan yang ada didalam Uptrend, dari Plan A sehingga ke Plan C. Selepas itu kami diberi tunjuk ajar bagaimana untuk menetapkan matlamat yang betul supaya kami tak cepat melatah dan mengalah dalam perniagaan ini. Baru saya sedari, MLM ini bukan satu pekerjaan yang mudah. Tanpa usaha yang gigih jangan haraplah nak dapat duit banyak secara cepat, kerana ini adalah salah satu perkara yang menyebabkan ramai orang gagal dalam perniagaan ini. Diakhir sesi, seorang surirumah telah dijemput untuk berkongsi pengalaman. Sangat banyak yang kami perolehi pada malam semalam.
Terima kasih kepada Pn Salina, Pn Adleena dan kepada team TRB Bangi, Khai, Nafidz, Hilmi, Zira dan yang lain-lain...Gud Luck....
Post a Comment