4.23 pm, Restoran Selera Herba , Bandar Baru Bangi.
Saya dan partner saya Acik baru selesai menikmati makan tengahari yang agak lewat. Saya memesan “Nasi Beriani Ayam Kuzi” manakala Acik dengan “Laksa Johor”. Ini adalah kali kedua kami makan disini. Kedatangan yang lepas telah membuka lembaran perkenalan antara kami dan pemilik restoran ini iaitu pasangan suami isteri abg ‘Alim dan kak Rohaizan. Mereka menyediakan menu makanan yang sihat dengan mengurangkan penggunaan minyak, santan, dan garam disamping penggunaan herba selaras dengan nama restoran ini “Selera Herba”. Jika bagi mereka yang mementingkan rasa, mungkin ini bukan pilihan utama, tapi bagi yang mementingkan kesihatan, restoran ini patut dijadikan pilihan. Saya sebenarnya sangat cerewet dengan apa yang saya makan,di Bangi ni hanya satu kedai sahaja yang saya boleh makan dengan yakin dan tanpa was-was. Sekarang restoran ini sudah mejadi pilihan saya yang kedua.
Agak keluar dari topik sebenarnya post hari ni, tapi saya nak memberi penghargaan kepada golongan peniaga Melayu yang berani dan berwawasan dengan menyediakan menu makanan yang berbeza. Walaupun ramai orang Melayu yang membuka restoran di Bandar Baru Bangi ini,tetapi sebilangan sahaja yang mampu memberi kelainan,kebanyakannya seperti tiada konsep seolah-olah cuma saja-saja mencuba tanpa matlamat yang jitu. Seperti kebiasaan, selepas makan mata saya akan melilau mencari sesuatu untuk dibaca. Mata saya tertancap kepada deretan buku yang disusun di meja sisi berhampiran, terdapat buku-buku tulisan Chef Li, Sdr Azizi Ali yang telah saya baca cuma yang menarik perhatian saya ialah buku yang bertajuk Ringgit&Poket. Saya ambil buku tersebut untuk meneliti isinya, buku itu agak menarik untuk dibaca dan dijadikan koleksi saya. Sedang saya membaca serba sedikit dari buku tersebut Kak Rohaizan datang dan memberitahu bahawa buku itu adalah tulisan Abg ‘Alim. Wah, mereka ini bukan orang sebarangan, banyak ilmu yang mereka ada dan saya takkan melepaskan peluang ini untuk belajar sebanyak-banyaknya...
Baiklah, cukup setakat ini tentang mereka...malam ni saya akan ke HQ di PJ untuk mendalami lagi pelan pemasaran Uptrend sebelum saya memulakan perniagaan ini..Kepada pasangan Abg ‘Alim dan Kak Rohaizan...Selamat Berjaya...
Post a Comment