Hai…ape khabar? Selamat berhari minggu, diharap kita semua dapat menggunakan hari ini sebaik-baiknya…baiklah hari ini dah masuk hari ketiga saya menulis di blog ini. Matlamatnya sudah ada, untuk menjadi seorang jutawan MLM dalam masa 3 tahun dari tarikh post pertama ditulis iaitu pada atau sebelum 30 Mac 2010. Semalam saya dah cerita tentang passionate dan kepentingannya dalam mengejar matlamat . Jadi ape lagi kunci kejayaan yang perlu ada ye…
Saya baru baca buku Dr Joe Rubino, Network Marketing for The New Millennium. Kat sini die tulis, saya mesti ada impian. Impian tu sama penting dengan passionate sebab tanpa salah satu saya tidak akan mempunyai pendorong yang cukup kuat untuk bergerak mencapai matlamat. Saya suka nak kaitkan dengan enjin motosikal supaya saya mudah faham. Saya adalah enjin tersebut manakala passionate sebagai minyak petrol, dan impian sebagai palam pencucuh. Tanpa kedua-duanya enjin tidak akan berfungsi, impian yang besar sama dengan palam pencucuh yang baik dan tahan lama, passionate atau minyak petrol pula perlu sentiasa dipenuhkan kerana kalau minyak tersebut kehabisan pastinya saya terpaksa menolak motor tersebut dan membawa kepada kekecewaan dan putus asa, impian yang besar pun sudah tidak berguna lagi…saya tak mahu jadi camni..
Jadi…bagaimana cara memilih “palam pencucuh” yang baik? Dalam buku ni ada disenaraikan apa yang sepatutnya ada dalam sebuah impian yang boleh memotivasi iaitu,

Untuk diri sendiri :
Siapa saya 3 tahun lagi?
Kualiti apa yang menjadi karektor saya?
Apa yang saya ada?
Dimana saya tinggal,dengan siapa?
Berapa yang saya perolehi?
Kereta apa saya pakai, rumah yang bagaimana saya tinggal dan harta/aset apa yang saya ada?
Apakah hobi saya diwaktu itu?
Bagaimana saya gunakan hari yang indah?
Untuk orang lain
Kepada siapa saya menyumbang?
Dari segi apa saya menyumbang?
Bagaimana saya dapat bantu kehidupan orang lain?
Kena buat satu karangan ni….esok saya akan letakkan dalam blog ini. Kepada sesiapa yang berminat berkongsi impian, boleh la masukkan ke comment hari esok ye…see ya..
Post a Comment