Archive for March 2007

E.O.M

E.O.M ialah singkatan kepada Entrepreneur Opportunity Meeting atau dalam bahasa melayunya, perjumpaan peluang keusahawanan. Dalam perjumpaan ini kita akan didedahkan peluang untuk mendapatkan pendapatan sampingan yang lumayan. Kita akan diterangkan tentang syarikat, produk dan pelan pemasaran yang membolehkan kita memperolehi pendapatan. Biasenye melalui perjumpaan inilah prospek2 baru atau mereka yang berminat untuk mendapatkan pendapatan sampingan akan diajak untuk sama2 menjalankan perniagaan ini. Ahli-ahli yang telah mendaftar perlu berusaha untuk membawa seberapa ramai prospek untuk bersama -sama menjalankan perniagaan ini. Saya belajar satu perkara hari ini, syarikat menyediakan banyak perjumpaan-perjumpaan seumpama ini untuk membantu ahli-ahlinya mendapatkan downline, tetapi sebagai ahli baru mesti bijak memilih perjumpaan atau speaker yang mampu memberikan presentasi yang baik supaya prospek yang kita bawa tidak akan teragak-agak untuk menyertai kita. Ok, cukup untuk E.O.M, nanti kite cerita lagi...

Identifying your passion...

hai..bertemu lagi kita pade hari ni...terlebih dahulu saya nak ucapkan selamat menyambut Hari Ulangtahun Keputeraan Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Marilah kita sama-sama memperbanyakkan selawat keatas junjungan baginda. Baik, kite ambil sedikit pengajaran dari perjalanan hidup baginda. Bagaimana baginda dapat bertahan, bermotivasi dan sanggup bersusah payah untuk menyebarkan Islam? Jika kita kaji, ini sebenarnya bermula dengan keyakinan yang kukuh kepada ALLAH dan keghairahan( passionate) untuk mendapatkan keredhaan-Nya.
Jika kita baca buku-buku motivasi, semuanya menceritakan perkara yang sama, kita mesti yakin dengan apa yang kita buat dan passionate untuk mendapatkan ganjarannya. Ganjaran itu tak semestinya wang ringgit semata kerana jika kita terlalu mengharapkan wang ringgit kita akan mudah kecewa. Jadi kita perlu arahkan keghairahan kita untuk mendapatkan ganjaran yang lebih bernilai daripada wang ringgit. Cuba bayangkan kita sebagai seorang pendaki, apakah yang mendorong kita untuk sampai kepuncak? Mungkin kita sukakan cabaran dan puas bila dapat sampai kepuncak, saya sampai kepuncak Gunung Tahan 3 tahun lepas, tetapi kepuasannya masih terasa hingga kehari ini. Begitu juga dalam perniagaan MLM, saya adalah seorang yang suka berkawan dengan orang-orang dari pelbagai lapisan, keutamaan saya adalah untuk mendapatkan rakan dan pengalaman mereka dalam hidup, sesuatu yang tidak mampu saya bayar dengan wang ringgit. Ok, dah setel satu perkara, "passionate" saya telah ditetapkan, anda bagaimana pula? Tetapkan sekarang...
Ada banyak lagi yang perlu dipelajari dan diperbaiki, selepas ini saya akan cerita tentang visi...tunggu...
" hidup mesti ikhlas "

Uptrend Network

Uptrend ialah sebuah syarikat Malaysia yang menggabungkan kekukuhan sistem MultiLevel Marketing dengan keglobalan dan kepantasan internet dalam E-commerce. Uptrend telah mula beroperasi pada bulan April tahun 2004 iaitu 3 tahun yang lepas dan telah melahirkan lebih 18 orang jutawan. Uptrend telah banyak kali mendapat pendedahan media massa terutamanya dari surat khabar dan rangkaian televisyen utama. Dengan barisan kepimpinan yang mesra mewujudkan suasana kerja yang santai dan ceria.

Rasanya tak perlu diterangkan banyak-banyak tentang syarikat ini kerana anda semua boleh melayari sendiri laman webnya iaitu www.uptrend2u.com atau pergi terus ke sesi penerangan yang banyak diadakan di seluruh negara kerana tujuan blog ini ditulis bukan untuk mempromosikan syarikat ini. Saya akan lebih banyak menceritakan langkah-langkah yang saya ambil dan liku-liku yang saya tempuhi. Saya akan zahirkan disini susah senang menjalankan perniagaan MLM...

sekian ...

Pertama kalinya...

Assalamualaikum...dan salam keusahawanan...

Pertama sekali, segala puji bagi Ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya dapat gak menulis kat sini setelah beberapa lama tertangguh. Keduanya ribuan terima kasih kepada insan tersayang Siti Zanariah bt Sirmadi yang banyak memberi sokongan dan sangat memahami impian saya. Seterusnya kepada kedua ibu bapa saya Kamal b Ali dan Ainun bt Bakar yang walaupun kurang menyokong keputusan yang saya buat tapi saya sangat berbesar hati kerana kalian berdua tidak sekali-kali membantah keputusan yang telah anakmu ambil. Blog ini dinamakan Tunas Jutawan atau Seeds Of Millionaire untuk memberi inspirasi kepada saya untuk terus berusaha sedaya-upaya untuk mencapai impian saya menjadi seorang Jutawan dalam perniagaan Uptren Network. Kepada anda, tunas jutawan semua yang sudi membaca blog ini saya sangat terhutang budi andai sudi tuan-tuan dan puan-puan untuk mencoretkan sebaris dua comment untuk panduan saya...Semoga apa yang kita semai hari ini akan membuahkan hasil yang lumayan untuk kita semua...

Akhir sekali...

" lets breaking our personal best"